Yang paling nyata adalah Wujud Allah Wujud benda termasuk Diri Sendiri adalah dengan Cahaya Allah Dzat Allah
Apabila melihat sesuatu benda di sekitar yang pertama lihat adalah Cahaya Allah kemudian baru rupa Wujud yang ditunjukkah diterangi Cahaya Allah tersebut
Sebagai Apabila membuat sesuatu bentuk ukiran dengan lilin katakanlah sebuah patung Manusia yang pertama perhatikan adalah lilin kemudian rupa bentuk patung yang Anda buat itu tetapi tahukah bentuk adalah sebuah khayalan hanya berada dalam fikiran dan tidak Wujud pada Zahirnya.
Bentuk patung Manusia itu ada dalam Khayalan sahaja pada Zahirnya bentuk itu adalah lilin Jadi tidak ada bentuk pada lilin ini terbukti apabila pecahkan bentuk ukiran itu semuanya bentuk itu akan hancur dan yang tinggal adalah lilin Semata Jadi bentuk dan lilinadalah Esa Satu jua
Oleh yang demikian bentuk tidak beserta dengan lilin dan dengan ini tidak membolehkan ia menjadi dua bentuk dan lilin tetapi hanya lilin yang ada
Benda atau rupa adalah Kosong Adum hanya lilin yang ada kerana benda atau bentuk tiada Hakikatnya ia hanya Wujud dalam Khayalan atau fikiran Sahaja
Dengan ini dapatlah pemahaman bahawa hanya Dzat dan Sifat Allah Sahaja yang ada manakala Makhluk Hakikatnya tiada hanya Kosong
Oleh itu apabila melihat kepada Diri atau benda-benda yang lain di sekeliling pertama lihat adalah Dzat Allah kerana Makhluk tiada Hakikatnya ia ada kelihatan hanya kerana pancaran Cahaya Allah Apabila Makhluk Fana maka ia menjadi yang Mutlak
Ingatlah pandangan Mata Hati terhadap Diri Sendiri adalah pandangan terhadap Allah apabila memahami perkara ini kerana Jasad tiada Hakikatnya Fana maka inilah juga yang dikatakan Siapa yang kenal Dirinya maka kenal ia Allah
Dengan yang demikian apabila melihat sesuatu termasuk Diri pandangan terhadap Dzat Allah adalah yang pertama berbanding pandangan terhadap benda atau Diri Kerana jikalau melihat benda atau Diri dahulu berkemungkinan terlupa melihat Dzat Allah dan dengan itu terhijab daripada Melihat Allah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar