Minggu, 05 Desember 2021

KENAPA KITA BERZIKIR

 

Sahabat-Sahabat Aku yang dikasihi yang Sentiasa Aku ingati Walau selalu dilupai dan ada jua yang membenci Aku sesungguhnya tiada apa yang Aku simpan dihati walau sedikit pun dihati walaupun Hati ini luka terguris kerana Sentiasa suka bersangka-sangka kepada Aku


Apalah gunanya jika kita mempelajari berbagai-bagai Ilmu berbagai-bagai Zikir Sampai bermakrifat hingga Kenal akan Allah tetapi masih berburuk Sangka


Ketahuilah bahawa senya Zikir-Zikir yang kita pelajari ini hanya Semata-mata untuk menuju pembersihan Diri pembersihan Hati untuk membantu mendapatkan Tauhid dan Iman yang benar didalam Hati terhadap Allah Swt


Kerana Jalan Zikir ini membantu kita untuk mendapat KETETAPAN KEBENARAN DAN KESUNGGUHAN terhadap ZAT yang menjadikan Sekelian Makhluk dan Sekelian Alam Ciptaan Allah


Tiada kata lain Selain


LA ILAHA ILALLAH MUHAMMAD DARASULULLAH


KENAPA KITA ZIKIR DAN APA SEBENARNYA KEDUDUKAN ZIKIR ITU


Zikir La ilaha ilallah - Zikir Syariat


Zikir ini biasa dibawa dengan keras suaranya untuk MENETAPKAN Hati


Membawa tumpuan Hati memahat Hati merobohkan Istana Iblis yang bertahta dihati yang kotor


Menafikan Selain-Nya dan Mengisbatkan akan Allah Swt


Ini dipanggil ketetapan


Mahu menetapkan dihati kita hanya - Qulhu Allahu Ahad.


Hanya Engkau ya Allah yang Esa


Zikir Allah. - Zikir Tarikat


Zikir ini sedikit keras kerana hendak MENETAPKAN SETETAP - TETAPNYA dihati dengan jalan MEMBENARKAN NYA di Hati ini


Semoga dihati kita ini hanya memohon pada yang SATU. - Allahu somad.


Hanya Engkaulah ya Allah tempat Aku bergantung dan meminta pertolongan


Zikir Allah Hu. - Zikir Hakikat


Zikir ini lembut kerana Zikir ini dibawa dengan rasa Hati yang punya perasaan rasa Hati Naluri rasa Hati yang menjiwai rasa kehambaan yang BERSUNGGUH-SUNGGUH didepan ROBBNYA


Lamyalid walamyulad


Kerana kasih kepada Allah yang Satu yang tiada Dua bukan beranak Atau pun diperanakan


Zikir ALLAH HU-HU,HU - Zikir Makrifat


Tiada Huruf dan Tiada Bersuara


Zikir ini Cukup Halus kerana Zikir ini dipanggil Zikir penyerahan Diri berserah tunggak kepada Allah Swt


Pengakuan dari dalam lubuk Hati yang tidak mampu berkata-kata yang hanya diketahui oleh yang Maha Tahu iaitu ALLAH AZZAWAJALLA


Kenapa Zikir Makrifat ini dikatakan Zikir Rahsia


Kenapa Zikir ini dipanggil Zikir yang Tiada Huruf dan Tiada Bersuara


Sebabnya


Walam Yakul lahu Kufuan Ahad


Kerana Allah Tiada boleh diumpamakan Dengan sesuatu


Laisa Kamislihi Syaiun


Hakikat kepada ke Empat-Empat Zikir-Zikir ini Sebenarnya adalah pecahan dari surah Al'Ikhlas


Sebab itu surah Al'Ikhlas ini dipanggil surah Tauhidkan Allah Swt


Dari itu dalamilah Al'Ikhlas kerana Al'Ikhlas ini Jalan kesempurnaan Iman dan Tauhid


Zikir dan surah Al'Ikhlas ini jika dihalusi difahami maka

ianya adalah Jalan


SEMPURNA DAN MENYEMPURNAKAN


Tidak ada komentar:

Posting Komentar