Minggu, 05 Desember 2021

TAUHID KEESAAN

 

Tauhid atau pun keEsaan bagi yang telah menyaksikan Basyariah Allah terbahagi kepada keEsaan


Tauhid Dzati

atau Tauhid Rububiyah

Tauhid Syuhudi

atauTauhid Uluhiyah

Cuba kita perhatikan dahulu apa dan Bagaimana yang dikatakan Tauhid Dzati itu


Tauhid Dzati

Salik itu merasakan keEsaan dalam Dzat Yang Esa ini selalu dirasakan tidak kira di mana saja ia berada kepada Salik itu tidak Mungkin Dzat Yang Esa itu tidak ada Walau pun sesaat


Peringkat ini merupakan makam Haqqul Yakin atau juga disebut Wahdah Al Wujud Esa dalam Wujud bagaimna pun ini baru peringkat rasa iaitu Salik merasakan Dzat Allah Sentiasa bersamanya atau juga boleh dikatakan Salik larut dalam Dzat yang Suci itu yang tinggal Hanya Allah


Bagaimana pun di atas peringkat ini ada lagi satu peringkat iaitu peringkat penyaksian Tajali Allah


Tauhid Syuhudi

Setelah Salik menempuh Fana dan Sirna Fana itu Baqa maka muncullah penyaksian Tajali Illahi


Pada saat itu benar-benar penglihatan dan penyaksian Salik tertumpu kepada Allah makam Isbatul Yakin Salik menyaksikan kehadiran Dzat Yang Mutlak Tajali Dzat Illahi.


Kajian pelajaran ini tidak banyak dibincangkan dan tidak banyak diteorikan tetapi hanya dipraktiskan oleh Mereka yang dibukakan Rahsia ini oleh Allah Kerana ia termasuk Dalam Rahsia-Rahsia Allah


Bagaikan kata Saudara Tahjud Nan Mulia Allah Sangat boleh dikenali tetapi tidak dapat diperkenalkan


Kerana apa

Kerana Allah hanya dapat dikenali Apabila Allah memperkenalkan DiriNya kepada DiriNya


Dalam penyaksian Tajalli Dzat Allah ini Jasad tidak bergerak dilihat bahasa kiasan sama-sekali Jikalau Jasad masih bergerak dan fikiran masih bergerak maka batallah apa yang disaksikan


Atau dengan lain perkataan kehadiran Dzat Allah Sebagai kurnia yang dimukasyafahkan dibukakan kepada Si Penyaksi menjadi gelap terhijab


Sejajar dengan makam ini Sufi terkenal Ibn Arabi menjelaskanya dalam bentuk Syair


Jika telah Fana Salik Menuju Allah

Kemudian menjadi Sirna keFanaan

Maka muncullah yang NYATA

Mata Hari dalam kesucian terbit di dalam Guanya

Dzat Yang Maha Wujud dimakam teratas HadiratNya

Terlihat NYATA

Terlihat Yang Esa tanpa bilangan tidak terbilang

Dalam kesaksan keindahan pada peringkat Darjat ketajalian

Satu Per Satu

Tanpa Wujud Segalanya Dengan Wujud Allah Segalanya


Tidak ada komentar:

Posting Komentar