Dalam Hati kita ada satu lompong Kosong dan tak terisi Kita sering kali merasa kekosongannya Ruang itu Sunyi Kita takut dengan kesunyian yang ada Dalam ruang itu
Akhirnya kita mula Mencari sesuatu untuk Mengisi ruang kekosongan itu tadi Ada yang mencari harta ada yang mencari pasangan ada yang Mencari pekerjaan masa lapang bukan sahaja sekadar hobi ada yang mencarinya dengan aktiviti luar seperti memanjat Gunung dan menyelam ke dasar lautan Ada pula yang Mengisi Kekosongan itu dengan menganiaya Orang lain dan ada pula juga yang mengisinya dengan cara menggembirakan Hati Orang lain
Tetapi kesemuanya Ibarat berpusing dalam bulatan Perasaan yakni Jiwa yang Kosong pula tidak terisi Kita berasa Amat takut akan Kekosongan itu Apakah Kekosongan itu Dan apakah pula yang patut kita isi
Itu adalah ruangan khas untuk Allah Swt Ianya Kosong kerana kita tidak mengisinya dengan perkara yang patut kita isikan pada Allah iaitu pengabdian kita terhadap Allah serta pergantungan kita kepada Allah
Rapuhnya pergantungan kita terhadap Allah
Hidup kita diisi dengan pelbagai pengisian Kita Selama ini banyak bergantung pada pelbagai pergantungan Kita bergantung pada seseorang Insan kerana kita mengharapkan Kasih Sayang Insan itu berkekalan Kita dambakan kebahagiaan yang berterusan Namun begitu sebaliknya pula yang terjadi Kita diuji Dengan pelbagai Dugaan dalam kehidupan berkeluarga Tujuan kita diuji oleh Allah adalah untuk kita Sedar sejauh mana pergantungan kita pada seseorang itu boleh menjamin berkekalan sekiranya kita tidak bergantung sepenuhnya pada Allah Swt
Justeru Sebagai Manusia yang berfikir kita akan berfikir sejauh manakah kasih sayang kita berkekalan Selama manakah kebahagiaan dan kesenangan yang ada pada kita akan berterusan Adakah kita dapat meneruskan kebahagiaan ini seperti biasa selepas kematian Orang yang memberikan kita Kasih Sayang Adakah kita dapat meneruskan kebahagian ini Seperti biasa Selepas Orang yang memberikan kita kesenangan terlibat Dalam suatu kemalangan yang menyebabkan anggota tubuhnya menjadi cacat seumur hidup Adakah harta kekayaan dapat memuaskan kita buat Selama-lamanya
Akhirnya, kita boleh melihat terdapat 1001 kemungkinan dalam perjalanan hidup kita atas Dunia ini yang mampu membawa kita kepada kesengsaraan Kemalangan Tragedi Musibah Dugaan dan Kematian itu kesemuanya Mungkin boleh terjadi Jadi kita harus Sedar bahawa Diri kita ini Lemah Tidak berkuasa dan tidak berupaya melakukan apa-apa sebenarnya melainkan dengan kehendak Allah Swt
Maka di sinilah kita Melihat kerapuhan itu Perasaan takut dari Segenap penjuru Hati ini mula akan muncul Ianya mula menjadi gerun dengan munculnya Hari Esok tanpa pergantungan yang Utuh yakni di padang Mahsyar kelak
Tidak ada komentar:
Posting Komentar