Bagi Mengenal kewujudan Allah Swt seseorang Muslim itu perlu kepada dalil Aqli dan Dalil Naqli Dalil Aqli adalah Dalil yang bersumberkan Akal Manakala Dalil Naqli adalah Dalil yang bersumberkan Al Quran dan Sunnah Melalui kedua-dua dalil ini seseorang itu akan mengenal Alla Swt Antara contoh penggunaan kedua-dua Dalil ini adalah seperti berikut
Dalil Naqli
Firman Allah Swt
Sesungguhnya pada kejadian Langit dan Bumi dan pada pertukaran malam dan siang dan pada kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada Manusia Demikian juga pada Air Hujan yang Allah turunkan dari Langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di Bumi sesudah Matinya serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang Demikian juga pada peredaran Angin dan Awan yang tunduk kepada kuasa Allah terapung-apung di antara Langit dengan Bumi sesungguhnya pada semuanya itu ada tanda-tanda yang membuktikan keEsaan Allah kekuasaan Allah kebijaksanaan Allah dan keluasan Rahmat Allah bagi kaum yang mahu menggunakan Akal fikiran
Dalil Aqli
Bukti kewujudan Allah Swt adalah kebaharuan Alam Apa yang dimaksudkan dengan kebaharuan itu adalah Wujud Selepas tidak Wujud Alam pula adalah Segala yang Wujud Selain Allah Swt Keluarnya Alam daripada tidak Wujud kepada Wujud adalah bukti akan kewujudan Allah Swt Ini kerana Alam pada kondisi ini adalah baharu atau Ciptaan
Ciptaan tidak dapat tidak adalah daripada pencipta Inilah yang dinyatakan daripada para Nabi bahawa nama bagi pencipta ini adalah Allah
Mengenali Allah Swt itu boleh digapai melalui penilikan yang sahih Secara adatnya kerana boleh Sahaja Allah Swt menciptakan pengetahuan tentang Allah itu dalam Hati bagi yang tidak boleh menilik
Bahawa tingkatan kejadian Manusia daripada Air Mani Alaqah Mudghah Izam lahm adalah dalil akan wujudnya Pencipta Ini kerana perpindahan dari satu peringkat ke satu peringkat itu Mustahil dilakukan Sendiri oleh Manusia
Manusia juga tidak mampu untuk mencipta anggota Tubuh dengan Sendiri kerana kelemahannya Begitu juga peringkat Usia daripada Bayi hinggalah menjadi Tua yang diaturkan oleh Allah
Perbincangan tentang kewujudan Allah Swt adalah topik yang Amat luas sama ada di Dunia Islam mahu pun Barat Apa yang dikupas dalam Artikel ini hanya merupakan sejuzuk kecil daripada Khazanah Ilmiah yang luas dalam isu ini Semoga ia dapat memberikan kita sedikit pemahaman berkenaan Sifat Wujud Allah Swt Memetik riwayat kata-kata yang dinisbahkan oleh Imam Al-Ghazali
Tidak ada komentar:
Posting Komentar