Minggu, 05 Desember 2021

TAUHIDUS SIFAT

 


MENG–ESAKAN ALLAH TA’ALA PADA SEGALA SIFAT

Maksudnya mengesakan Allah Ta’ala pada Segala Sifat ialah megembalikan meninggalkan seluruh Sifat-Sifat yang ada pada Makhluk ini kedalam Sifat-Sifat Allah Swt dengan pengertian iaitu memfanakan Sifat-Sifat Makhluk ini, kedalam Sifat-Sifat Allah Ta’ala sehingga tercapailah pandangan, bahawa tidak ada yang bersifat kecuali Allah Ta’ala saja.


Adapun tujuannya adalah untuk Makrifat kepada Allah, sedangkan Sifat-Sifat yang ada pada Makhluk ini adalah nyata Sifat-Sifat Allah Ta’ala. Dan sengaja Allah Zahirkan Sifat-Sifatnya itu kepada hambanya atau Makhluknya, kerana rahmatnya supaya Makhluk itu Sendiri mempunyai tangga dan jambatan untuk Mengenal Sifat-Sifat Allah. Dan bukan jadi dinding dan hijab untuk melihat Sifat-Sifat Allah Allah yang kita cari kita cintai Adapun kaifiat dan cara memandang Sifat Allah itu ialah :


Engkau pandang dengan Hatimu dan dengan Mata kepalamu dengan Hakkul yakin dan dengan itiqad yang putus, bahawasanya tidak ada yang bersifat didalam Alam ini kecuali Allah. Seperti : Kudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, sama, Basyar dan Kalam. Semuanya adalah Sifat-Sifat Allah. Jadi Sifat-Sifat yang ada pada Makhluk ini adalah Sifat-Sifat Majazi belaka, bukan Hakiki. Maka daripada itu nyatalah kepada kita bahawa Sifat-Sifat yang ada pada kita sekarang ini adalah nyata Sifat-Sifat Allah Allah Semata. Kalau kita sudah mengembalikan Sifat-Sifat yang ada pada kita itu kepada Allah, Nescaya Fanalah Sifat-Sifat kita itu kepada Sifat-Sifat Allah. Sehingga tidak ada lagi yang bersifat, kecuali Allah. Jadi jelaslah sudah kepada kita bahawa kita ini tidak punya perbuatan,tidak punya Nama dan tidak punya Sifat kecuali Allah Sekarang hanya tinggal mengesakan Allah Ta’ala pada Zatnya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar