Minggu, 05 Desember 2021

RAHSIA ALLAH

 


Sesungguhnya Allah Mengetahui Segala Rahsia langit dan Bumi dan Allah Maha Melihat akan Segala yang kamu kerjakan.


Dan Dialah Allah yang disembah dan diakui kekuasaanNya di langit dan di Bumi.Allah Mengetahui apa yang kamu Rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan Allah juga Mengetahui apa yang kamu usahakan.


Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan Bumi dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


Ketahuilah Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala yang ada di langit dan di Bumi. Sesungguhnya Allah Mengetahui keadaan yang kamu berada pada Allah wahai umat Manusia dan pada hari Umat Manusia itu kembali kepada Allah maka Allah akan menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu.


Katakanlah Wahai Muhammad Al-Quran itu diturunkan oleh Allah yang Mengetahui Segala Rahsia di langit dan di Bumi; sesungguhnya adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Dan bagi Allah jualah Segala yang ada di langit dan yang ada di Bumi dan Allah sentiasa Meliputi pengetahuan Allah dan kekuasaan Allah akan tiap-tiap sesuatu.


Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan Bumi dan kepada Allah sahaja tempat Kembali Sekalian Makhluk


Dan bagi Allah jualah Segala yang ada di langit dan yang ada di Bumi dan demi sesungguhnya, Allah telah perintahkan orang-orang yang diberi Kitab dahulu daripada kamu dan juga perintahkan kamu, iaitu hendaklah BERTAKWA kepada Allah dan jika kamu Kufur ingkar, maka ketahuilah sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di Bumi dan ingatlah adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.


Allah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari kamu yang beriman dan Allah Maha Melihat akan Segala yang kamu kerjakan serta membalas masing-masing


Sesungguhnya Allah Mengetahui Segala Rahsia di langit dan di Bumi; sesungguhnya Allah Mengetahui akan Segala isi Hati yang terkandung di dalam Dada.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar