Siapa yang kenal Dirinya akan kenallah Allah
Rahsia-Rahsia dari pengucapan ini hanya diberikan kepada mereka yang ada Makrifat Dan berkaitan dengan Makrifat ini seorang Guru Mursyid ada berkata tentang halnya iaitu
Barang Siapa Makrifat Mengenal akan Haq Allah Taala Nescaya dipandangnya Allah dalam tiap-tiap sesuatu
yang mana pengertianya ialah Barang Siapa Mengenali ia akan Haq Allah Taala Nescaya dipandangnya (Musyahadah) akan Allah dalam tiap-tiap sesuatu di mana Allah yang berbuat dan yang memerintah
Ini menunjukkan tujuan Makrifat ini ialah untuk Mentauhidkan Allah atau sebagai memaknakan pengucapan Kalimah
Jauh sekalilah benarnya orang-orang yang menafikan Ketuhanan Lain Selain dari Allah tapi masih melihat Amal dan Ilmunya dengan orang menafikan Wujudnya Ghair dan terlupa akan Wujud Dirinya.
Jauh sekalilah dari fahaman yang sebenarnya; orang yang Menafikan Ketuhanan tetapi masih besar keEgoan Keakuan mereka dengan orang yang mengisbatkan Istiqna Terkaya.dan Iftikor(Berhajat) dalam Ketuhanan Allah.
Dan jauh lagi dari sampainya WASIL lLALLAH orang-orang yang hanya memerhatikan Zhohir sesuatu.
Firman Allah
Dan orang-orang yang beriman kepada Allah kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.
Mujahadah ialah permainan kanak-kanak dan memerhatikan yang Allah ada di mana sahaja adalah perjuangan Matinya Diri itulah kesudahannya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar