Minggu, 05 Desember 2021

TEMPAT ROH-ROH DI DALAM BADAN

 


Tempat Roh Manusia Roh kehidupan di dalam Badan ialah dada Tempat ini berhubung Dengan Pancaindera dan deria-deria Urusan atau bidangnya ialah Agama Pekerjaannya ialah Mentaati perintah Allah Dengan peraturan-peraturan yang ditentukan-Nya Allah memelihara Dunia Nyata ini Dengan teratur dan harmoni Roh itu bertindak menurut kewajipan yang ditentukan oleh Allah tidak menganggap perbuatannya Sebagai perbuatannya Sendiri kerana dia tidak berpisah dengan Allah Perbuatannya daripada Allah tidak ada perpisahan di antara Aku Dengan Allah

didalam tindakan dan ketaatannya


Barang Siapa percaya akan pertemuan Tuhannya hendaklah mengerjakan Amal Salih dan janganlah ia sekutukan sesuatu dalam Ibadat kepada Tuhannya


Allah adalah Esa dan Dia mencintai yang bersatu dan Satu Dia mahu Semua penyembahan dan Semua Amal kebaikan yang Dia anggap sebagai pengabdian kepada-Nya menjadi milik-Nya Semata-mata, tidak dikongsikan Dengan apa Sahaja Jadi Seseorang tidak memerlukan kelulusan atau halangan daripada Sesiapa pun di dalam pengabdiannya kepada Tuhannya juga Amalannya bukan untuk kepentingan Duniawi Semuanya Semata-mata kerana Allah Suasana yang dihasilkan oleh petunjuk Ilahi Seperti menyaksikan bukit-bukti kewujudan Allah di Dalam Alam Nyata ini kenyataan Sifat-Sifat-Nya kesatuan di Dalam yang banyak, Hakikat di sebalik yang nyata kehampiran Dengan Pencipta Semuanya adalah ganjaran bagi Amalan kebaikan yang benar dan ketaatan Tanpa mementingkan Diri Sendiri. Namun semuanya itu di dalam taklukan Alam benda daripada Bumi yang di bawah tapak kaki kita sehinggalah kepada langit-langit Termasuk juga di dalam taklukan Alam Dunia ialah kekeramatan yang muncul melalui seseorang Misalnya berjalan di atas Air terbang di udara berjalan dengan pantas mendengar suara dan melihat gambaran dari tempat yang jauh atau boleh membaca fikiran yang tersembunyi Sebagai ganjaran terhadap Amalan yang baik Manusia juga diberikan nikmati di Akhirat seperti Syurga khadam-khadam bidadari susu madu Arak dan lain-lain Semuanya itu merupakan nikmati Syurga tingkat pertama Syurga Dunia


Tempat Roh perpindahan atau Roh peralihan ialah di Dalam Hati Urusannya ialah pengetahuan tentang jalan kerohanian Kerjanya berkait dengan Empat nama-nama Pertama bagi nama-nama Allah yang indah Sebagaimana Dua Belas nama-nama yang lain Empat nama tersebut tidak termasuk di Dalam sempadan Suara dan Huruf Jadi ia tidak boleh disebut Allah Yang Maha Tinggi berfirman


Dan bagi Allah jualah nama-nama yang baik jadi serulah Dia Dengan nama-nama tersebut


Firman Allah di atas menunjukkan tugas Utama Manusia adalah Mengetahui nama-nama Tuhan Ini adalah pengetahuan Batin Seseorang Jika mampu memperolehi pengetahuan yang Demikian dia akan sampai kepada makam Makrifat Di samalah pengetahuan tentang nama keEsaan Sempurna.


Nabi Saw bersabda, Allah Yang Maha Tinggi mempunyai Sembilan puluh Sembilan nama sesiapa mempelajarinya akan masuk Syurga Baginda Saw juga bersabda Pengetahuan adalah satu Kemudian Orang Arif jadikannya seribu Ini bermakna nama kepunyaan Zat hanyalah satu Ia memancar Sebagai seribu Sifat kepada Orang yang menerimanya


Dua belas nama-nama Ilahi berada di Dalam lengkungan Sumber pengakuan Tauhid 

La ilaha illa Llah Tiap satunya adalah satu daripada Dua Belas Huruf dalam Kalimah tersebut Allah Yang Maha Tinggi mengurniakan nama masing-masing bagi setiap Huruf di Dalam perkembangan Hati Setiap satu daripada Empat Alam yang dilalui oleh Roh terdapat Tiga nama yang berlainan Allah Yang Maha Tinggi dengan cara ini memegang erat Hati para pencinta-Nya dalam kasih sayang-Nya Firman-Nya


Allah tetapkan Orang-Orang yang beriman dengan perkataan yang tetap di Penghidupan Dunia dan Akhirat


Kemudian dikurniakan kepada Mereka kehampiran-Nya Dia sediakan pokok keEsaan di dalam Hati mereka pokok yang akarnya turun kepada tujuh lapis Bumi dan Dahannya meninggi kepada Tujuh lapis langit Bahkan meninggi lagi hingga ke Arasy dan mungkin lebih Tinggi lagi Allah berfirman


Tidakkah Engkau perhatikan Bagaimana Allah adakan Misal Satu Kalimah yang baik Seperti pohon yang baik pangkalnya tetap dan cabangnya ke langit


Tempat Roh perpindahan atau Roh peralihan adalah di dalam Nyawa kepada Hati Alam Malaikat berterusan di Dalam penyaksiannya Ia boleh melihat Syurga Alam tersebut penghuninya cahayanya dan Semua Malaikat di dalamnya Kalam Roh peralihan adalah bahasa Alam Batin Tanpa Huruf Tanpa Suara Perhatiannya berterusan menyentuh soal-soal Rahsia-Rahsia Maksud yang Tersembunyi Tempatnya di Akhirat apabila Kembali ialah Syurga Na’im Taman kegembiraan kurniaan Allah


Tempat Roh Sultan di mana ia memerintah adalah di tengah-tengah Hati Jantung kepada Hati Urusan Roh ini ialah Makrifat Kerjanya ialah Mengetahui Semua pengetahuan Ketuhanan yang menjadi perantaraan bagi Semua Ibadat yang Sebenar-Benarnya diucapkan Dalam bahasa Hati Nabi Saw bersabda Ilmu ada dua bahagian Satu pada lidah yang membuktikan kewujudan Allah Satu lagi di Dalam Hati Inilah yang perlu bagi menyedarkan Tujuan Seseorang Ilmu yang Sebenar-Benarnya bermanfaat berada di Dalam sempadan kegiatan Hati Nabi Saw bersabda Quran yang Mulia mempunyai makna Zahir dan makna Batin Allah Yang Maha Tinggi membukakan Quran kepada sepuluh lapis makna yang Tersembunyi Setiap makna yang berikutnya lebih bermanfaat Daripada yang sebelumnya kerana ia Semakin hampir dengan sumber yang sebenarnya Dua belas nama kepunyaan Zat Allah adalah Umpama dua belas Mata Air yang memancar Dari Batu apabila Nabi Musa As menghentamkan Batu itu Dengan Tongkatnya


Dan ingatlah tatkala Musa mintakan Air bagi kaumnya maka Kami berkata ‘Pukullah Batu itu dengan tingkat kamu Lantas terpancar daripadanya Dua Belas Mata Air yang Sesungguhnya Setiap Golongan itu Mengetahui tempat minumnya


Pengetahuan Zahir adalah Umpama Air Hujan yang datang dan pergi Sementara pengetahuan Batin Umpama Mata Air yang tidak pernah kering


Dan satu Tanda Untuk mereka ialah Bumi yang Mati lalu Kami hidupkannya dan Kami keluarkan daripadanya biji-bijian lalu Mereka memakannya


Allah jadikan satu bijian sebiji benih di langit Benih itu menjadi kekuatan kepada kehaiwanan di Dalam Diri Manusia Dijadikan-Nya juga sebiji Benih di Dalam Alam Roh-Roh Alam Al-Anfus menjadi Sumber kekuatan makanan Roh Bijian itu dijiruskan Dengan Air dari sumber Hikmah Nabi Saw bersabda Jika Seseorang menghabiskan Empat puluh Hari dalam keikhlasan dan kesucian Sumber Hikmah akan memancar dari Hatinya kepada lidahnya


Nikmat bagi Roh Sultan ialah kelazatan dan kecintaan yang dinikmatinya Dengan Menyaksikan kenyataan Keelokan kesempurnaan dan kemurahan Allah Yang Maha Tinggi Firman Allah


Dia telah diajar Oleh yang bersangatan kekuatannya yang berupa bagus lalu ia menjelma Dengan sempurnanya padahal ia di pehak atas yang paling tinggi Kemudian ia mendekati rapat kepadanya maka adalah rapatnya itu kadar Dua busur panah atau lebih dekat lagi Lalu Ia Wahyukan kepada Hamba-Nya apa yang Ia mahu Wahyukan. Hatinya tidak mendusta apa yang dia lihat


Nabi Saw menggambarkan suasana Demikian Dengan Cara lain Yang beriman yang Sejahtera adalah Cermin kepada yang beriman Yang Sejahtera Dalam Ayat ini yang Sejahtera yang Pertama ialah Hati Orang yang Beriman yang Sempurna Sementara yang Sejahtera kedua itu ialah yang memancar kepada Hati Orang yang beriman itu tidak lain Daripada Allah Yang Maha Tinggi Sendiri Allah menamakan Diri-Nya di dalam Quran sebagai Yang Mensejahterakan


Dia jualah Allah yang Tiada Tuhan melainkan Dia Yang Mensejahterakan Pemelihara Iman Pemelihara Segala-galanya


Kediaman Roh Sultan di Akhirat ialah Syurga Firdaus Syurga yang Tinggi


Setesen di mana Roh-Roh berhenti adalah tempat Rahsia yang Allah buatkan Untuk Diri-Nya di tengah-tengah Hati di mana Dia simpankan Rahsia-nya Sirr Untuk disimpan dengan Selamat Keadaan Roh ini diceritakan Oleh Allah Melalui pesuruh-Nya


Insan adalah Rahsia Aku dan Aku Rahsianya


Urusannya ialah kebenaran Hakikat yang diperolehi Dengan mencapai keEsaan mencapai keEsaan itulah tuagsnya Ia membawa yang Banyak kepada kesatuan Dengan Cara terus menerus menyebut nama-nama keEsaan di dalam bahasa Rahsia yang Suci Ia bukan Bahasa yang berbunyi diluar


Dan Jika Engkau nyaringkan perkataan maka Sesungguhnya Dia Mengetahui Rahsia dan yang lebih Tersembunyi


Hanya Allah mendengar bahasa Roh Suci dan Hanya Allah Mengetahui keadaannya


Nikmat bagi Roh ini ialah penyaksian terhadap Ciptaan Allah yang pertama Apa yang dilihatnya ialah keindahan Allah Padanya terdapat penyaksian Rahsia Pandangan dan pendengaran menjadi satu Tidak ada perbandingan dan tidak ada persamaan tentang apa yang disaksikanya Dia menyaksikan Sifat Allah keperkasaan dan kekerasan-Nya sebagai Esa Dengan keindahan kelembutan dan kemurahan-Nya


Bila Manusia temui matlamatnya tempat kediamannya bila dia temui Akal Asbab pertimbangan keduniaannya yang memandunya Selama ini akan tunduk kepada Perintahnya Hatinya akan rasa gentar bercampur hormat lidahnya terkunci Dia tidak berupaya menceritakan keadaan tersebut Kerana Allah tidak menyerupai sesuatu


Bila apa yang diperkatakan di sini Sampai ke telinga Orang yang berilmu mula-mula cubalah memahami tahap pengetahuan Sendiri Tumpukan perhatian kepada Kebenaran Hakikat Mengenai perkara-perkara yang Sudah diketahui Sebelum mendongak ke Ufuk yang lebih Tinggi Sebelum mencari peringkat baharu Semoga Mereka memperolehi pengetahuan tentang kehalusan perlaksanaan Ilahi Semoga Mereka tidak menafikan apa yang sudah diperkatakan tetapi sebaliknya Mereka mencari Makrifat kebijaksanaan untuk mencapai keEsaan Itulah yang sangat diperlukan


Tidak ada komentar:

Posting Komentar