Adapun badan Ruhani itu ialah Allah, dan Allah itu jangan dicari lagi, kerana Allah Ta’ala sudah menjadi segala Nyawa, jangan Engkau cari lagi kerana Allah Ta’ala itu LAISA KAMISLlHI.
Engkau itu adalah Rahsia AKU, maka Rahsia itulah yang menuju kepada AKU, sehingga Engkau itu adalah pendengaran AKU dan penglihatan AKU dan kesemuanya itu terhimpun di dalam Rahsia AKU, mahupun di dalam atau di luar. Sehingga Engkau Fana Ul Fana dan tiada mempunyai daya upaya, sehingga Batin Engkau itulah yang dikatakan Ta’ala. Jikalau Engkau hilangkan tubuh menjadi Nur sehingga tubuh Engkau menjadi Ruh, maka hilangkan tubuh Engkau itu menjadi titik, maka titik itulah yang disebut Kaca Putih, yaitulah asal-asalnya kejadian Alif, maka Alif itulah bergerak di dalam laut Rahsia, itulah yang disebut Hayat, maka hiduplah dan bergeraklah tubuhnya, itulah yang dinamakan SifatNya yang ada di dalam tubuh Engkau itu, itulah namanya itulah Dirinya. Maka AKULAH yang Laisa dan jangan dicari lagi. Itulah yang disebut sudah menjadi Nyawa. Kalau Engkau kosongkan maka yang berbunyi AKU itu Wujud AKU, kalau Engkau keluarkan maka berbunyi Rahsia. Maka kalau Engkau naikkan Nafas Engkau maka berbunyi Wujud Idafi. Nafas itu adalah Rahsia antara turun naik, itulah yang berkata AKU ADALAH ENGKAU dan ENGKAU ADALAH AKU. Disitulah Engkau di dalam Dirinya, naik berbunyi Wujud AKU dan turun berbunyi Zat AKU disitulah Engkau mengetahui atau yang berkata disebut Rahsia di dalam Rahsia, maka hilanglah Rahsia itu, yang ada hanyalah Wujud AKU. Disitulah Engkau Mi’raj, pertemuan dalam Hadirat AKU dan apabila Engkau turun maka wajiblah Engkau mengerjakan perintah AKU, sehingga Engkau cinta kepada AKU dan Engkau jauhilah segala yang AKU haramkan. Engkau lihatlah Syahadat, disitulah Engkau menyempurnakan segala-galanya, berpeganglah kepadanya, kerana jikalau tidak maka Engkau itu adalah sesat, maka selalulah Engkau Wajib mengerjakan perintah AKU.