LA ILAHA ILLALLAH

 


Tiada Tuhan melainkan Allah. Tiada yang Wujud melainkan Wujud Salik. Wujud ini ialah Wujud Haq. Tiada ada sekutu dengan Aku yaitu tiada yang Wujud melainkan Aku.


Banyak orang yang telah beriman dengan ALLAH tetapi masih juga MUSYRIK.


Ya ALLAH Engkau Tuhanku dan Aku hambamu, adalah terlibat dalam SYIRIK-i KHAFI. Apabila Salik menukarkan wujudnya kepada tidak ada maka segala perbuatan dan gerak gerinya adalah Perbuatan Gerak geri ALLAH.


Bukan Engkau yang melontar apabila Engkau melontar, tetapi ALLAH yang melontar.


Hendaklah dianggap Zat Sifat Af’aalnya sebagai Zat Sifat Af’al Allah. Tidak ada yang lain. Tidak ada Wujud selain ALLAH.


AKU ALLAH tiada Tuhan selain AKU.


Siapakah yang boleh berkata AKU selain ALLAH sendiri.


Siapa yang kenal DIRI-nya maka kenallah akan ALLAH.


Kenal Zat Anda sebagai Zat Allah

Wujud Anda sebagai Wujud Allah

Kenal Anda sebagai Kenal Allah


Tidak ada bezanya jika Anda katakan AKU ALLAH dan DIA ALLAH.


Berbilang-bilang atau banyak adalah pada Sifat dan Kesannya. WUJUD tidak lebeh daripada SATU.


Berkenaan dengan ZAT


AKU berkata AKU

Apabila AKU keluar daripada Ghaib AKU berkata AKU

Apabila AKU kembali kepada Ghaib AKU mengenang DiriNya sebagai AKU

Apabila AKU memandang pada Hakikatnya secara perkumpulan AKU menggelar DiriNya sebagai AKU

AKU lebeh hampir kepada AKU daripada Urat leher AKU sendiri.

Jika AKU anggap Wujud AKU sendiri adalah dengan Wujud Allah, AKU jadi MUSRIK. Jika ada Wujud lain selain Wujud Allah pada pendapat AKU, maka AKU mempunyai AKU selain Allah. Dia yang keluar dari BATIN kepada ZAHIR bukan yang lain.

Banyak orang yang telah beriman dengan Allah tetapi masih juga musyrik.

Katakanlah inilah jalan AKU,

AKU menuju ALLAH dengan pandangan Batin.


Wali wali Allah menafikan yang lain dan mendirikan Yang Haq. Mereka tidak peduli tentang Dosa. Wilayat ialah melihat ALLAH dengan ALLAH.

ALLAH tidak mengampuni Dosa Syirik dan ALLAH mengampuni semua Dosa yang lain jika dikehendakki ALLAH.

Apa sahaja dilangit dan dibumi memuji ALLAH.

Semua Makhluk diperanakkan dalam kelahiran ALLAH SWT.