Sabtu, 15 Januari 2022

HIDUP AKU KEKAL ABADI

 

Dari Allah Aku datang dan kepada Allah Aku kembali


Dan sesungguhnya Allah akan memberikan dugaan kepada Setiap Makhluk, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa nyawa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpakan dengan Musibah, mereka mengucapkan;

Sesungguhnya dari Allah Aku datang dan sesungguhnya kepada-Allah jua Aku kembali.

Setiap Insan pasti akan merasai Mati

Cuma masanya tak siapa pun pasti

Kegerunan Izrail mesti dihadapi

Walaupun Diri mendesak ingin melarikan Diri

Tapi, kenapa perlu menghadapi Mati?


Mati adalah salah satu tanda kekuasaan Illahi,

Diam di barzakh menunggu saat tibanya hari penghisaban Diri,

Ruang rehat bagi mereka yang Iman dan taqwa dijadikan pakaian Diri,

Tetapi sebaliknya Nasib mereka yang sering memungkiri Perintah Illahi.

Jadi,

Buatlah pilihan yang terbaik duhai Insan yang Suci.

Mana yang lebih kau senangi,

Jika inginkan kebaikan Diri,

Bersiap Siagalah menghadapi janji Allah yang pasti mengunjungi,

Kerana saat tiba kehadirannya Aku akan menghadap Illahi.

Akan tetapi,

Jika Aku tetap memilih untuk berfoya-foya lagi,

Maka ingatlah.

Tika sampai waktunya, janji kan ditepati,

Mustahil sekali untuk Aku kembali ke Dunia buat kesekian kali.

Oleh itu,

Bertaubatlah Wahai diri-diri,

Yang masih diberi peluang untuk kembali kepada fitrah yang Suci.

" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang telah ditetapkan maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan.

Kematian memang tidak mengenal Usia .

Ya Allah , sungguh terkejut Aku ini ya Rabb . Mesej yang Aku terima itu sungguh mengejutkan. Aku tergamam seketika. Mahu percaya atau tidak . Aku sendiri tak pasti. Sedih dan pilu mula menyelubungi Diri. Kawan yang Aku kenal berada di kelas yang sama , telah pun pergi meninggalkan Bumi ini. Ini merupakan pengalaman pertama Aku dan sunnguh susah untuk percaya. Tapi inilah janji Allah. Aku tidak boleh melawan takdir. Sesungguhnya kematian itu pasti.

Semoga Allah mencucuri Rahmat dan tempatkan Aku di kalangan orang yang beriman Amin.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar