KEDUDUKAN NIAT

 

Bahawa NIAT itu tempatnya di HATI, tidak berhuruf bersuara Sunyi Sepi sebagai letaknya harus melaksanakan QASAD menunjukkan ZAT akan SIFATNYA kepada yang disifatkanTAKRID menentukan ZAT akan SIFATNYA dan kepada yang disifatkan.TA’AYUN sabenarnya AKU menyatakan DIRI AKU dalam TAUHID Takbiratul Ihram Aku kepada Sifat yang disifatkan.

Maka karamlah DIRI dalam lautan tidak bertepi itu Nescaya SOLAT bukan lagi ENGKAU AKU tetapi AKU ZAT yang melahirkan Kerja Aku dalam rupa Aku yakni Sifat Aku yang nyata dalam kelakuan hambaKu. Engkau tiada UPAYA dan KEKUATAN untuk melakukan Solat itu malahan engkau lakukan atas Kurniaan Rahmat Aku semata-mata.


Kenapa Engkau merasa ada kewujudan dalam hidup ini sedangkan WUJUD itu adalah Aku Semata-mata Yang mengerjakan kelakuan kamu itu Aku atas Kudrat Iradat Aku. Yang menentukan waktu pun Aku, Aku punya Ilmu. Tanpa itu engkau tiada hambaku. Aku sengaja menyatakan DIRIKU padamu dan Aku memuji DiriKu diatas lidahmu Wahai hambaku.


Jangan sekali-kali ada rasa didalam Hatimu bahawa Engkau mempunyai kemampuan untuk memuji Aku Ketahuilah bahawa Engkau adalah hamba Aku yang FAKIR berhak menerima Pemberian Aku.