Sepertimana yang pernah dipesankan lagi oleh Tuan Guru Almarhum Tuan Guru Bapak Jasman
Aku sekarang ini berada di penghujung Zaman. Oleh kerana itu, janganlah Aku menyombongkan Diri Aku, menjauhkan Diri Aku daripada duduk bersama dengan Para Ulamak dan orang-orang Soleh. Hadirlah ke dalam Majlis Ilmu kerana di dalamnya terdapat 1001 kebaikan yang pasti Aku tidak dapat membelinya dengan harta kekayaan yang Aku ada.
Sesungguhnya yang Aku harapkan di dalam setiap detik kehidupan Aku ini adalah mendapatkan keberkatan dari Allah Tidak berManfaat segala harta kekayaan yang Aku miliki sekiranya Aku hilangnya keberkatannya. Begitu jugalah dengan Ilmu dan amal Aku
Tidak ada berkatnya Segala Ilmu yang Aku pelajari kalau sekiranya Aku tidak mengambilnya langsung daripada Para Ulamak dan orang-orang Soleh.
Jangan sesekali memuja Halim Ulamak cari hulam masuk semak Menyelam kedalam Diri semoga ketemu Diri yang Sejati lagi Mursyid