Firman Allah Maksudnya Tahukah kamu orang-orang yang mendustakan Agama?
Maksudnya. Maka kecelakaan bagi orang-orang yang Sholat . Orang-orang yang lalai didalam Sembahyangnya.
Apakah Allah itu Zalim, hinggakan orang yang Sembahyang menyembahnya, hendak dilontarkan kedalam Neraka wail, orang yang lalai. Maksud lalai disini bukanlah Sembahyang melengah-lengahkan Waktu atau Zohor Sembahyang Subuh tidak, Magrib Sembahyang Isyak tidak, (begitulah setengah pendapat tok-tok Alim zaman ini). Sebenar lalai yang dimaksudkan oleh Allah itu ialah orang yang didalam Sembahyangnya ingat selain dari Allah, tidak kira orang itu ulamakkah, tok alimkah, tok lebaikah atau sesiapa sahaja, asalkan lalai didalam Sembahyangnya masuk Neraka. Orang-orang yang begini lalai pun kena dan Dusta pun kena. Sebab apa dikatakan Dusta?. Sebab tidak kenal, hendak ingat kepada seseorang itu mestilah kenal terlebih dahulu, tidak kenal tetapi dia kata dia ingat. Terang-terang orang itu berdusta. Sebab itu layaklah orang seperti itu dihumban oleh Allah kedalam Neraka
Sebagai contoh; seorang jejaka ingat kepada seorang gadis, jejaka tersebut ingat sampai termimpi- mimpi, sebab jejaka tersebut kenal dengan gadis itu. Allah jadikan kita untuk Mengenalnya dan Allah kenal akan kita baharu ada kenal Mengenal antara satu sama lain. Jikalau kita sahaja yang ingat, bukan dinamakan cinta, tetapi dipanggil Angau. Orang bercinta jikalau tidak dapat lihat orang yang dicintai, dapat pandang bumbung rumah kekasihnya pun sudah cukup. Sebab itu jikalau hendak cinta pada Allah, kenalah kenal betul-betul.
Hadis saw: Bertanya Sahabat kepada Rasulullah, Apa amal yang paling afdhal ya Rasulullah? Sabda Rasulullah, Makrifatullah Bertanya lagi sahabat kepada Rasulullah.Amal apa yang terlebih pahalanya ya Rasulallah? Jawab Rasulullah, Makrifatullah. Bertanya lagi kali ketiga oleh para Sahabat, dan pada kali ini Sahabat bukan lagi bertanya, tetapi membangkang. Kami bertanya dari segi Amal, kenapa Engkau menjawab dari segi Ilmu ya Rasulullah? Makrifatullah itu kaedah Ilmu bukanlah kaedah Amal. Menjawab Rasulullah, Sedikit berAmal dengan Mengenal Allah, terlebih Munafaat, banyak beramal dengan tidak Mengenal Allah tiada Munafaat!. Tujuan para sahabat bertanya kerana mereka tamak akan pahala, kerana mereka hendak bersungguh-sungguh beramal dengan yang banyak pahala, dan yang kurang pahala mereka hendak ringankan.
Kita selalu dengar Huraian Guru Murshid AWALLUDIN MAKRIFATULLAH. Perkataan itu terdapat beberapa pendapat, atau percanggahan pendapat oleh Ulamak-Ulamak cari ulam masuk semak Ada yang mengatakan bahawa perkataan tersebut bukanlah perkataan Rasulullah.
Dengan itu perkataan MAKRIFATULLAH itu ialah perkataan Nabi Saw ini kerana berdalilkan hadis diatas. Akan tetapi berkemungkinan perkataan AWALLUDIN itu ditambah oleh para ulama dahulu berdasarkan hadis diatas tadi, iaitu Sedikit beramal dengan Mengenal Allah lebih Munafaat dan banyak beramal dengan tidak Mengenal Allah tiada Munafaat. Jadi sebelum kita membuat amal, wajiblah kita kenal Allah terlebih dahulu, jika tidak sia-sia sahajalah Amalan kita itu.