BERSIFAT ESA

 

Bermula dengan merasai Sifat ada yang hanya Milik Allah sendiri sahaja sebagai Ujud Diri sendiri, secara automatik kita akan merasai didalam rasa dan perasaan yang dalam bahawa segala Sifat-Sifat yang wajib bagi Allah yang hanya layak untuk Allah sahaja telah dirasai menjadi Milik Diri Sendiri yaitu ada Allah yang dianggap sebagai ada Diri Sendiri.


Secara tidak disedari bermula dengan menganggap Diri Sendiri dan selain daripada Allah mempunyai Ujud Sendiri, kita telah memperakui Diri kita telah memiliki Sifat ketuhanan yang hanya milik Allah sendiri sahaja.


Dengan secara tidak disedari, apabila kita mengakui kita ada Ujud sendiri, secara automatik kita telah mengakui Diri kita memiliki Sifat ketuhanan, secara tidak disedari kita telah memperakui Diri kita memiliki Sifat-Sifat yang Wajib bagi Allah yang membawa makna

AKU ALLAH sebab ADA adalah Sifat yang wajib bagi Allah, ADA itu bersifat Esa tidak berbilang-bilang Sifat ada itu hanya Milik Allah dan tidak boleh diletakkan Sifat ADA kepada selain dari Allah.


Bila sifat yang Wajib bagi Allah telah diletakkan kepada Diri Sendiri dan selain dari Allah Makhluk Allah Secara tidak disedari kita telah menjadikan Diri yang tiada tetapi telah dianggap ada kerana meletakkan Sifat ada yang hanya milik Allah kepada Diri yang tiada


Dengan meletakkan Sifat ADA kepada Diri sendiri yang sebenarnya berSifat dengan Sifat tiada akan melahirkan Sifat Ke-Aku-an Diri sendiri Sifat ke-Aku-an Diri ini adalah Hawa Nafsu yang secara tidak disedari telah dijadikan tuhan selain dari Allah sebab kita telah meletakkan segala Sifat yang Wajib bagi Allah kepada selain dari Allah Diri yang tiada tetapi telah dianggap ada kerana meletakkan Sifat Ada yang hanya milik Allah kepada Diri yang Tiada


Dan jika ada sesiapa di antara mereka berkata: Sesungguhnya Aku ialah tuhan selain dari Allah maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan Azab Neraka Jahannam demikianlah Kami membalas

golongan yang zalim.


Mengaku dan menganggap Diri Sendiri mempunyai Ujud Sendiri dengan secara tidak langsung dan secara yang tersembunyi telah berlaku.


Bersifatnya Allah dengan kekuasaan dan luas Ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya Allah, Dia lah sahaja Allah Yang Sebenar-benarnya, dan bahawa segala yang mereka Sembah selain dari Allah itulah yang nyata palsunya. Dan

ingatlah sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar kekuasaanNya.


Secara tidak sedar kita telah meletakkan Sifat yang wajib bagi Allah yang hanya milik Allah kepada Diri Sendiri (yang dianggap ada)…. Yang sebenarnya ada itu adalah Sifat Ada Allah yang sedang ditunjukkan sebagai tanda dan ayat yang sedang menerangkan wujud atau ada Allah…