NUR MAKRIFAT

 

Kesimpulannya jalan yang terbaik bagi kita adalah diam saja, kecuali dipukul, sedang memukulnya pun carilah jalan yang halus, supaya mereka sedar dan mahu Mengerti, kerana memang Hakikat Semata ini sangat menolok Mata umum.

Tetapi kalau sudah melompat kata, teruskanlah jangan menunduk lagi walau pun nyawa taruhannya. Memang kalau Ilmu yang Rahsia ini kita bukakan terus, Nescaya timbul kelemahan dalam Ibadat lahir, sebab kita sudah dan telah Mengetahui. Rahsia-Rahsia semuanya paling-paling kata-kata Cinta atau kata-kata memelihara yang timbul padahal semua itu hanya pakaian Dunia saja atau memperindah lahirnya saja.

Nikmatnya tidak melawan dengan Nikmat Makrifat itu sendiri tidak ada suatu Nikmat yang melebihi Nikmat Surga, kecuali Nikmat seorang Ahlul Makrifat. Satu kali tafakur sesaat : sama beribadah Seribu tahun. Bukan main besarnya Nikmat Makrifat itu gerakan Diamnya Ibadah. Inilah Ilmu yang istimewa seorang Ahlul Makrifat. Apabila seorang Ahlul Makrifat lalai dalam kewajiban yang lahir ini Umpama dibuka Nur Makrifatnya nescaya memenuhi langit dan Bumi. Apabila Nur seseorang Ahlul Makrifat yang taat maka tak dapat digambarkan Nur Cahaya-Nya, hingga memenuhi Malaqut langit, Arsyi dan kursyi luh dan kalam dan menerangi Alam Dunia dan Alam Akhirat tiada taranya dan tak ada bandingannya.

Apakah Artinya Sembahyang dengan anggota tubuh itu. Seorang Ahlus Sufi zaman berkata Ulamak sekarang : mereka tak pernah meninggalkan Sembahyang zahir ini. Apakah Anda mahu minta bongkar semua Rahsianya, seorang sufi memakai dalil itu dan nash ini, Sembahyang itu Sembahyang ini. Itu hanya tipu daya saja untuk memikat Hati orang-orang Ahli kulit atau Syariat semata. Yang penting baginya hanyalah supaya orang tidak merasa terpaksa memasuki Alam Tasawuf.

Beginilah cara yang paling halus untuk menarik umat menuju yang Haq Tanpa dalil atau kitab : Orang boleh Mengenal Allah Diri kita sendiri adalah dalil yang paling dekat dan paling nyata untuk Mengenal Allah. Adanya Allah adanya kita inilah dalil yang paling istimewa untuk melihat Allah, untuk melihat sendiri seperti Rasulullah SAW bersabda Anallah la illaha illa Ana

Aku Allah tidak ada Tuhan melainkan Aku Inilah yang setinggi-tingginya dalil atau nash tak perlu repot dan menghambur-hamburkan uang untuk biaya mengaji Rahsia besar ini. Kerana Agama bukan jadi pencaharian, itu soal kedua, atau tidak ada soal sama sekali inilah dalil yang disebut : Kitabul-wujud Artinya : kitab yang ada, atau kitab di dalam Diri.

Jadi kalau Sufi berbeza-beza kerana aliran Tasawuf ini ada beberapa bahgian tiap-tiap satu bahgian lain pula caranya peribadahannya. Bagi tasawuf aliran kita ialah : bebas dari hukum-hukum syara, hanya terserah kepada masing-masing saja. Kita tak perlu menampakkan peribadatan yang lahir ini, kalaupun ada itu hanya tanda cinta atau hanya untuk memelihara Syariat Muhammad saja. Sembahyang jadi tak Sembahyang pun jadi. Pendek kata bebas dari paksaan Hukum syara, kita ini sebenarnya tidak ada yang memerintah dan tak ada yang diperintah, tak ada yang menambah dan tak ada yang mengurangi, kerana rajinnya beramal dan tak berkurangnya Nilainya, kerana jelasnya tidak menambah Pahala, atau tidak menambah Dosa, jelasnya Makrifat itu tidak boleh bertambah dan tidak boleh berkurang. Inilah Ilmu kesucian Namanya. Apakah Anda masih belum puas. Aku rasa ini sudah memuaskan Dahaga jiwa kita.

Biar miskin harta, Asal jangan miskin Hati.

Biar miskin dengan kesaktian Dunia, Asal jangan miskin penyaksian.

Biar hina di mata makhluk, asal jangan hina disisi Allah

Biar kafir dimata manusia, Asal jangan kafir disisi Allah

Biar jahat dipandang Makhluk, Asal jangan jahat di hadrat Allah

Biar tidak Sembahyang dihadapan Makhluk, Asal taat disisi Allah

Biar Munafik dimata Manusia, Asal baik disisi Allah

Inilah pendirian seorang Ahlul Hakikat Semata. Bumi tidak sanggup Megandung dan langit tak sanggup menjunjung. Cukup sampai disini sahaja jika ingin berguru bergurulah dimana pun tak Mengapa janji Guru Murshid yang Sejati.