Kerana semua adalah permainan, Sandiwara belaka
Sesungguhnya kehidupan Dunia hanyalah permainan dan senda gurau.
Kerana yang ada hanya Allah, Allah lah yang Maha Ada, dalam kehidupan ini.
Semuanya selain Allah adalah Pelakun SandiwaraNYA, kita adalah sebagai pemain atau Pelakun Sandiwara dalam kehidupan ini
Kerana Hakikatnya semua adalah tiada, bukan apa-apa dan bukan siapa-siapa
Ketika AKU didalam Diri lebur, maka muncullah AKU yang Hakiki yang Wujud
Ketika AKU didalam diri ini Mati, maka muncullah AKU yang Hakiki yang HIDUP
Ketika AKU SEJATI ALLAH muncul, maka tiadalah AKU NOL kerana tidak mungkin AKU SEJATI ALLAH bersanding dan bersekutu dengan ciptaan ALLAH
LAA ILAHA ILLALLAH WAHDAHU LAASYARIIKALAH
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH YANG MAHA ESA DAN TIADA SEKUTU BAGINYA
Ketika Manusia lebur kedalam keEsaanNYA NOL maka kekuatan KEHAMBAAN muncul pada Diri Manusia, sehingga timbullah perasaan NOL, tidak mampu, tidak boleh merasa apa-apa, kerana semuanya adalah ciptaan ALLAH dan kehendak ALLAH
Kerana sesungguhnya Diri ini perlu kepada AKU yang Hakiki Sang Pencipta
Sebab AKU ada kerana AKU yang Hakiki yang mengadakan, kerana AKU Diri ini bukanlah apa-apa dan bukanlah siapa-siapa (NOL).
Maka sumber dari semua kehidupan, Ilmu pengetahuan, bahkan Agama pun berasal dari AKU HAKIKI bagi yang mampu Melebur kepadaNYA NOL.
Maka Bahagialah bagi Diri yang hina ini bila dikurniai untuk lebur NOL kedalam Samudera TAUHIDNYA.