MAKRIFATULLAH

 


Awaluddin Makrifatullah Awal Agama itu adalah Mengenal Allah Ayat ini menunjukkan betapa pentingnya Ilmu Tauhid. Sejarah telah membuktikan Rasulullah SalAllah 'Alaihi Wasallam sendiri memperuntukkan lebih daripada separuh masa 23 tahun Baginda berdakwah untuk membetulkan, menerapkan dan mengukuhkan Aqidah para Muslimin. Jika Solat dikatakan sebagai Tiang Agama, Tauhid adalah tapak tanah tempat tiang itu dibina.


Tauhid bukan sekadar melafazkan Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah tetapi perlu disertakan dengan perlakuan dan Iktikad yang sebenar Lafaz La ila ha illAllah itu perlu difahami dengan sebenar-benarnya. "La" di sini bermaksud "tiada" - tiada sesuatu apa pun yang berkuasa melainkan Allah. Allah adalah segala-galanya. Segalanya datang dari Allah, berlaku dengan kehendak dan izin Allah dan akan kembali kepada Allah.


Dan sesiapa yang berserah Diri bulat-bulat kepada Allah dengan ikhlas sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan tali agama yang teguh dan ingatlah kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.


Kita perlu faham dan yakin bahawa Makhluk tidak mempunyai sebarang kuasa untuk berbuat apa-apa sekali pun tanpa Izin dan kehendak Allah. Sekiranya kita kata, Jin itu yang buat Aku sakit, atau Makhluk tu yang bagi Rezeki pada Aku maka di sini kita telah menduakan Allah. Menduakan Allah adalah perbuatan syirik yang tidak terampun. Syirik seperti ini dikatakan oleh Ulamak sebagai Syirik kahfi atau Syirik tersembunyi.


Ada kalanya kita mempertikaikan, kenapa Allah tidak memakbulkan doa kita sudahkan kita pereksa Diri kita? Kita mohon doa pada Allah, tapi kita Ambil pelaris untuk memajukan bisnes kita. Kita mohon doa pada Allah, tapi kita menuntut Ilmu kebal dan yakin dengan Ilmu itu kita tidak akan cedera. Kita mohon doa pada Allah, tapi masih memperasap dan mencium keris dengan harapan keris itu akan melindungi kita. Kita mohon doa pada Allah, tetapi kita kata boss yang bagi Rezeki pada kita apakah betul perbuatan kita itu? Kita telah menjadi Sombong kepada Allah dengan mengatakan bahawa segalanya berlaku kerana kita yang melakukan itu dan ini


Allah berfirman


Janganlah Engkau berjalan di Bumi dengan berlagak Sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang Sombong Takbur, lagi membanggakan Diri.


Segala Amalan Mentauhidkan Diri tanpa Wujud dua Diri yang Wujud ALLAH SWT