SYARIAT TARIKAT HAKIKAT MAKRIFAT

 

Makrifatullah bermaksud Mengenal Allah Ilmu Makrifat adalah salah satu dari Empat tahap Ilmu yang terdiri daripada Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat. Rukun Islam dan segala hukum-hakam dalam Islam terkandung di dalam Syariat. Rukun Iman adalah sebahagian daripada Hakikat. Kedua-dua ini perlu Seimbang.


Tarikat adalah jalan atau Wasilah untuk Membersihkan Hati, Membersihkan jiwa supaya dapat menerima Hidayah Allah di dalam usaha untuk Mengenal Allah. Mengenal Allah itulah yang dimaksudkan dengan Makrifatullah, yang sebenarnya adalah kurnia daripada Allah.


Ilmu Makrifat bukanlah kebolehan untuk melihat Makhluk Ghaib, boleh bertempur dengan Makhluk Ghaib, kebal, boleh meramal masa hadapan, boleh tarik barang dari Alam lain dan sebagainya. Itu adalah permainan Jin dan Iblis yang ingin memesongkan Manusia. Janganlah kita terpedaya dengan Dakyah palsu ini. Ini bukan Makrifat sebaliknya hanyalah apa yang di istilahkan sebagai sakti.


Marilah kita kembali kepada Allah kenali Allah dengan sebenar-benarnya. Perkuatkan Ilmu Syariat, tetapi jangan terperangkap di dalam Syariat. Carilah jalan Tariq atau Wasilah untuk kita mencapai Hakikat keTuhanan yang sebenar. Carilah Allah, bukan cari Agama semata-mata. Kerana apabila kita mencari Allah, kita akan jumpa Agama. Syariat tanpa Hakikat adalah batal, Hakikat Tanpa Syariat adalah sia-sia.


Kita angkat takbir 17 kali sehari, siapa yang kita Sembah? Kepada siapakah kita gantungkan Amal Ibadat kita? Adakah kita Solat untuk mendapatkan Pahala dan Syurga? Atau solat kita, Amalan kita, Hidup dan Mati kita hanyalah untukNya? Konsep Tauhid ini mudah tetapi ramai yang terlepas pandang. Jangan biarkan Agama menjadi Budaya Semata-mata. Buka Mata, Buka Minda, Buka Hati intai-intailah Ilmu Tasawuf, Usuluddin, Hikam tetapi harus berGuru dan bukan membaca kitab atau buku Semata-mata.


Banyak yang boleh diperkatakan apabila berbicara tentang Hakikat keTuhanan cukuplah sekadar ini dahulu sebagai pengenalan dan pembuka Minda. Janji Allah Pasti.

Wabillahi Taufiq Wal Hidayah.