Al Insanu Sirrih Wa Anna Sirruh
Manusia itu Rahsia Aku dan Aku Rahsianya
Maka, terimalah Manusia Diri Rahsia Allah itu dan menjadi tanggung jawab Manusia menjaga Amanah Allah itu dengan cara Mengenal Dirinya serta memuji dan memuja Rahsia Dirinya sejak ia dilahirkan ke Alam Dunia sampai ia kembali kehadirat Allah pemilik Rahsia.
Disamping itu Manusia juga diAmanahkan untuk menjadi pemerintah diantara semua Mahluk yang ada di Alam Kabir Alam semesta yang terbentang luas ini.
Ini berarti Dua Amanah penting yang harus dipikul dan menjadi tanggung jawab Manusia
Pertama : Menjaga, Mengenal, Memuji dan mengembalikan Amanah Rahsia itu kepada yang punya Rahsia yang dikandung oleh Alam Sagir yaitu Batang Tubuh Manusia itu sendiri
Kedua : menjaga Amanah pemerintahan di Alam Semesta ini.
Dengan lain perkataan tugas Manusia adalah menjaga dan mengawal hubungannya dengan Tuan Ampunya Diri Rahsia dan juga dengan Mahluk lain.
Oleh kerana Diri Rahsia telah diterima maka menjadi tanggung jawab manusia untuk menunaikan sumpahnya dahulu, dan untuk tujuan ini maka Adam dizahirkan untuk meperbanyak diri-diri penanggung Rahsia dan berkembang dari satu dekade ke satu dekade, dari satu generasi ke generasi yang lain, sampailah Alam Kabir ini mengalami kiamat dan Rahsia dikumpulkan kembali.
Adapun yang dinamakan Manusia itu adalah kerana Dirinya mengandung Rahsia, dengan lain perkataan Manusia Artinya Dirimu mengandung Rahsia.
Oleh kerana Diri Manusia menanggung Rahsia maka Manusia haruslah berusaha Mengenal Dirinya kerana dengan Mengenal Dirinya saja Manusia tersebut akan dapat Mengenal Allah dan kembali menyerahkan Dirinya kepada Ampunya Diri dikala berpisah Roh dan Jasad.
Perlu ditegaskan sekali lagi tujuan utama Allah menyerahkan Amanah Dirinya kepada Manusia adalah untuk memperkenalkan Dirinya dan Memuji Dirinya dengan Diri Rahsianya yaitu Allah Memuji Dirinya dengan Dirinya Sendiri
Man Arafah Nafsahu Fakad Arafah Rabbahu Barang siapa Mengenal Dirinya maka dia akan Mengenal Allah Swt.