Kebanyakan dari kita berangapan bahawa Jasad Kasar kita ini atau Badan kita inilah di panggil DIRI dan dapat hidup sendiri sendiri, tetapi sebenarnya JASAD atau BADAN KASAR kita ini yang kita jaga dan perindahkan ini, sebenarnya ialah benda Mati, yang tidak dapat berbuat apa-apa jika tidak ada PENGHIDUPNYA yang duduknya di dalam Jasad itu sendiri. Penghidup inilah yang dipanggil DIRI SEBENAR DIRI. Diri yang berdiri dengan sendiri dan yang Ujud apabila Roh memasuki jasad, oleh itu fahamlah kita bahawa Diri sebenar Diri Ujud sesudah ROH berada di dalam Jasad.
Ada berbagai cara dan kaedah digunakan untuk Mengenal DIRI ini, bergantung kepada perguruan dan kaedah Guru-Guru mengajar kepada Murid-Muridnya. Semua perguruan ini benar dan cara apa sekali pun di gunakan, tujuannya satu iaitu untuk Mengenal DIRI SEBENAR BENAR DIRI
Inilah Rahsia hidup kita dan DIRI inilah yang menghidupkan Jasad selagi ada Hayatnya digandung Badan di Dunia ini, DIRI ini harus di kenal dan dirasai sepenuhnya oleh kita, kerana ia mengandungi banyak Rahsia dan serba guna, di Dunia dan Akhirat.
Kenalkah DIRI tadi kepada Allah? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.
Banyak lagi persoalan yang akan timbul apabila kita dapat Mengenal DIRI kita yang sebenar benar DIRI ini, kita harus belajar dari DIRI ini.
Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui.
Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana.
Dialah Guru Mursyid yang tidak berbentuk dan tidak terbentuk.
Kehidupan sebenar ialah di dalam Diri dan kehidupan Dunia ini mendatang kemudian.
Kesimpulannya kenalilah DIRI kita ini yang dialah sebenar benar DIRI dan kemukakanlah dia dalam segala Urusan kita di Dunia ini sementara menunggu Hari yang kekal Abadi, kerana dia kekal dan di kekalkan.
Ilmu Mengenal Diri ialah satu Ilmu pengetahuan yang harus di ketahui oleh semua orang kerana tiap-tiap Manusia membawanya di dalam Jasad Kasar mereka, haruskah penghidup Jasad kita ini kita biarkan begitu saja tanpa Mengenali dan merasakannya, hanya semasa maut hampir datang menjemput baru kita sedar yang dia akan meninggalkan kita Sebenarnya tiadalah Wujud Kita yang Wujud ALLAH SWT Semata-mata.