Tauhid tercermin dalam kesaksian tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Utusan Allah. Di dalam Roh Tauhid tersimpan segala aspek kehidupan Manusia, menjadikan keperibadian penuh dengan hiasan, sumber ketenteraman dan kekuatan jiwa. Memahami Roh Kalimah Tauhid kemudian menghidupkannya merupakan Hakikat Makrifatullah iaitu Mengenal Allah Yang Maha Esa.
Makrifatullah bagaikan siraman Air Hujan yang menyuburkan pepohonan yang kering dan Tanah yang tandus. Namun Air Hujan hanya sementara sedangkan Makrifatullah tetap sejuk dan sentiasa menyuburkan jiwa dan Nurani Mukmin. Nur Kalimah ini lebih besar dari Sinaran Mentari, bahkan tetap bersinar siang dan malam, malah ketika keheningan malam Cahaya-Nya semakin berkilauan.
Semoga kekuatan Kalimah ini yang terkandung di dalam Allah segala apa yang ada di langit dan di Bumi, dapat menyinari setiap celah-celah Kalbu yang merindui Ilahi ya Rabb, JANJI Allah Swt itu pasti.