Kebanyakkan Manusia pada hari ini menganggap bahawa Hidup ini hanyalah makan minum bergerak mencari kemewahan bekerja dan lain lain lagi, mereka mengangap bahawa Jasad Kasar mereka itu hidup dengan Sendiri nya yang membolehkan mereka melakukan kerja kerja harian mereka itu, tapi pernah kah mereka terfikir bahawa Jasad mereka itu sebenar nya ialah benda Mati yang tidak dapat hidup dan bergerak dengan Sendiri nya tanpa ada sesuatu yang menghidupkan Diri nya.
Ketahuilah tanpa yang hidup itu Jasad tidak ada Arti nya. Tetapi benda Mati ini lah yang dijaga dan diutamakan orang di Dunia ini. Sedangkan semua tahu bila Mati kelak, Jasad akan busuk dan di tanam atau di bakar. Ini menunjukkan Mati ialah bila hidup yang menghidupkan Jasad tadi Meninggalkan Jasad
Dimanakah letaknya yang di panggil hidup itu Yang mana dengan adanya yang hidup itu lah Jasad kita ini hidup dan sebenarnya ia diam di dalam Jasad kita sendiri, dan dia lah yang di panggil DIRI"sebenar DIRI dan menghidupkan jasad kita ini. Tapi pernah kah kita terfikir tentang DIRI itu atau cuba mencari dan Mengenal ALLAH
Tentu nya soalan yang akan timbul ialah dari mana DIRI itu, dimana letaknya DIRI itu, terdiri dari apakah DIRI itu, dan kemanakah perginya DIRI itu apabila Jasad Mati atau dengan lain perkataan DIRI Meninggalkan Jasad dan yang penting sekali bolehkah kita mengenal DIRI sebenar DIRI kita itu.Tanpa Mengenal DIRI hidup hanyalah Sia Sia Segalanya.