ALLAH WUJUD ALLAH

 


Allah menyatakan Wujud tidak lebeh dari SATU. Yang sama itu menzahirkan kepada DiriNya dengan DiriNya saperti Air menzahirkan Dirinya dalam bentuk Ais. Jadi tiada yang Fana Ianya Hu Hu. Yang lain tidak lebeh dari hanya nama nama dan benda benda pada fikiran sahaja. Hakikatnya Dia Yang Satu.


Semua nama nama adalah penzahiran daripada satu Hakikat. Kadang kadang Hakikat itu lautan, kadang kadang Bueh, kadang kadang Ombak, kadang kadang Ais kadang kadang Salji, kadang kadang Allah, kadang kadang Makhluk


Nama itu banyak yang dinamakan itu hanya Satu.


Bentuk bentuk adalah DiriNya sendiri pada Zahirnya dan pada Hakikatnya.


Semua benda benda Wujud kerana Wujud Allah Dengan sendirinya mereka itu TIDAK ADA. Huruf tidak ada , yang ada ialah Dakwat.


Yang Tidak Ada ialah Cerminnya Wujud Mutlak


Ulamak Syariat mengatakan Wujud benda benda Dunia adalah Tambahan pada Zat. Para Sufi mengatakan Wujud Mutlak ialah Allah. Pembatasannya ialah DiriNya sendiri.


Zat mengetahui DiriNya sendiri

Dari segi mengetahui

Dia Menjadi wajib. Pelaku tanpa kualiti, Pencipta Yang Berkuasa dan lain lain


Dari segi Diketahui

Dia menjadi Yang Dilakukan . Yang diberi kualiti. Yang Dijadikan tanpa kuasa yaitu Hakikat Insan.

Dan Dia bersama kamu dimana sahaja kamu berada.


Allah ialah hakikat semuanya Hakikat segala-galanya tiada yang kecuali.

Apabila Allah beserta dengan semua, Dia juga tanpa semua.


Selagi Anda Wujud dalam pandangan Anda , DIA TIADA NAMPAK dan apabila Anda tidak Wujud dalam pandangan Anda DIALAH YANG ANDA NAMPAK.


Allah menzahirkan DiriNya pada sesuatu benda yang dicari oleh seseorang itu. Tajallinya tidak terkira banyaknya . Penyembahan Yang Terhad oleh Yang Terhad adalah Syirik.


CINTA ALLAH ialah KEMAHUAN UNTUK PENZAHIRAN. Wujud adalah gerak dari KEADAAN YANG TERPENDAM Kunza Mahfiyyan – Adom Idhafi kepada KEADAAN YANG TERNAMPAK. Ini adalah Gerak Cinta. Tanpa Cinta ianya terpendam dalam Ilmu buat selama-lamanya.


Wujud itu adalah HANYA TAJALLI dan Tajalli itu menjadi Hakikat seseorang dalam Tajalli. Hakikat benda ialah ZAT ALLAH sendiri. Wujud diluar dan Wujud didalam tidak berbeza. Semuanya adalah Satu Diri Yang Sama itu jua yakni ALLAH