Ini adalah penjara yang paling kukuh, Ilmu Allah dan Makrifatullah bukanlah Alam Maujud, tetapi yang berkaitan dengan hal-hal ketuhanan, hidangan yang terdapat di sini adalah Hakikat-Hakikat, hal-hal dan Rahsia-Rahsia berkaitan ketuhanan itu sendiri.
Jadi jika ditanya
Apakah pencapaian yang paling tinggi oleh Ilmu?
Pencapaian paling tinggi Ilmu tentang Allah adalah Aku tidak tahu, Allah tidak dapat difikirkan, tidak dapat dibayangkan, tidak satu pun yang menyerupainya.
Jikalau kamu telah sampai ke tahap ini, ke tahap kebingungan-kebingungan ini maka tahulah kamu, bahawa kamu telah sampai ke kemuncak yang dapat dicapai oleh Ilmu, maka beralih pulalah kenderaan kepada Makrifatullah.
Jika ditanya pula
Apakah pencapaian yang paling tinggi oleh Makrifatullah?
Makrifatullah adalah berkaitan dengan Dzat Yang Maha Mutlak. Jikalau ditanya kepada Makrifat apakah pencapaikan kamu yang paling tinggi?
Makrifatullah akan menjawab pencapaian Aku yang paling tinggi adalah ke tahap Dzat Allah, tetapi Aku tidak dapat Mengenali Dzat Allah.
Dzat Allah tidak dapat dikenal oleh sesiapa pun, termasuk para-para Nabi dan Wali-Wali Allah. Makrifat berkata lagi, Dzat Allah sekarang adalah sebagaimana Dzat Allah dahulu juga. Tiada sebarang perubahan yang berlaku terhadapnya. Bahkan bagi Dzat Allah tiada kini dan dahulu bagiNya.
Oleh itu, sesiapa yang telah sampai ke Makam Makrifatullah, janganlah tinggal terpenjara di dalamnya, keluarlah dari penjara Makrifatullah, barulah kamu boleh sampai ke Hadrat Allah SWT atau bertemu Allah SWT.
Bagaimana kamu boleh keluar dari penjara Makrifatullah?
Keluarlah kamu dengan Tajrid penganggalan atau pelepasan Pelepasan dari segala sesuatu termasuk Diri kamu sendiri adalah syarat utama untuk sampai ke Hadrat Allah SWT atau bertemu dengan Allah SWT.
Kamu perlulah melepaskan Ilmu pengetahuan kamu, Amal Ibadah kamu Makrifat kamu Sifat kamu Nama kamu bahkan segala-galanya.
Dengan demikian barulah kamu bertemu ALLAH SWT seorang Diri dan Tanpa bekal, Tanpa apa-apa pun, hanya dengan Kurnia ALLAH SWT jua adanya.