RAHSIA DIRI

 


Apabila Engkau benar-benar beramal dan bersungguh bermujahadah dengan penuh keikhlasan, Engkau akan dikasihiNya sehingga akan dilimpahkan ke dalam Hatimu Rahsia di sebalik Rahsia. Engkau akan diperlihat Hakikat di sebalik Syariat, Engkau Mengenal Dirimu dengan pengenalan yang Hakiki, bukan diatas hafalan Ilmu semata-mata tetapi dengan Dzauk dan Penglihatan. Hatimu diberiNya Nur sehingga dengan Nur tersebut akan dapat menyaksikan Rahsia DiriNya. Engkau mencapai Makrifat denganNya bukan dengan Guru Manusia, Dia sendiri yang akan membisikkan pada Sirrmu bahawa ANA AL-HAQ maka tenggelamlah Engkau dalam Makrifat sehingga Engkau tiada melihat tiada Segala sesuatu melainkan Ia. Engkau akan melihat bahawa tiada suatu gerak melainkan gerak dariNya, tiada suatu yang Maujud melainkan disana ada Wujudnya, Engkau akan memahami firmanNya Di mana kamu hadap disitulah Wajah Allah Wahai manusia, sesungguhnya kamu adalah fakir disisi Allah Di mana kamu berada disitulah Ia berada dengan kefahaman yang tiada dimiliki oleh orang biasa.Bergerak Bayang kerana yang Ampunya Bayang Bayang Aku Zahir kan Diri Aku untuk memuji Diri Aku Tiada Aku selain Aku yang menyatakan Diri Aku