Ketahuilah olehmu bahawasa nya selagi kau merasa dan memandang akan adanya Ujudmu itu pada keadaan ini maka kau belum lagi sampai kepada penyatuan yang Sejati
Penyatuan ini bukanlah bererti kita dan Allah bersatu pada tempat yang sama kerana mana mungkin dua hal yang berbeza mendudukki pada tempat yang sama ini tidak mungkin terjadi dan tak akan terjadi.
Akan tetapi penyatuan yang dimaksudkan ini adalah Insan itu memandang akan segala yang Ujud ini adalah kenyataan bekas dari Azali iaitu Allah, ke-Akuan Diri pada menyatakan kewujudan Allah secara menyeluruh inilah yang di kehendaki. Oleh itu kita mestilah memahami nya dalam Arti kata yang Sebenarnya.
Penampakan atau kezahiran pada barang yang Ujud Zahir mahupun Ujud Batin itu adalah semuanya itu dalil dan ia sememangnya Kenyataan Allah pada Sifat Az-Zhohiru yang Zahir kerana Ujud itu hanyalah satu jua pada Nisbah Wujud iaitu Zatullah. Maka yang lain itu adalah kenyataan Wujud Allah.
Penyatuan yang kita mahukan ini adalah penyatuan yang Hakiki bukan bersatu kita dan Allah . Itu dengan makna kita dan Allah berada pada satu tempat akan tetapi ia membawa makna bahawa Allah itulah yang Wujud dan AKU ini ganti nama bagi Sifat Kewujudan Allah
AKU adalah ESA dari ke-Esaan Allah dinamakan Sifat yang ternyata dari Alam Zat. Setelah nyata nya AKU maka Zat itu telah Ghaib didalam Sirrku. Kini yang dilihat dan dirasa itu adalah Sifat Kenyataan ZatNya, Oleh itu kalau kita selidiki maka tidak lah ada percampuran didalam hal penyatuan ini,
Esa Aku menyatakan Allah Umpama Bayangan pada Cermin mana mungkin Bayang atau gambaran didalam Cermin itu menjadi dua kalau yang diluarnya satu objek sahaja. Ini bermakna ianya satu diluar dan menunjukan satu itu pula adalah didalam Cermin itu maka tiada dua lah ia melainkan Satu jua.
Perjalanan Aku melakukan penyatuan dengan mengadakan Pengakuan dan Penyaksian yang Hakiki pada Hakikatnya Aku sendiri iaitu Allah Hadrat Ilahi lah yang meleburkan ke-Akuan Aku pada fahamanku yang mengatakan aku ini ada dan Aku ini lain nya dan apabila hampirnya Aku pada Maqam Aku iaitu Ketuhanan Aku maka Aku yang dulunya ada kita telah menjadi tiada kerana Bersatunya AKU dan Tuhanku.
Maka disitu TIADA LAGI SIFATmelainkan ZAT Semata-mata ini dapat Aku tahu apabila Aku merasai Aku hilang perasaan Aku pada keadaan Aku sendiri.
Saudaraku fahamkanlah ini bukan Aku Mengaku Aku ini Allah akan tetapi Aku Mengatakan Aku ini Ujud yang menyatakan Ujudnya Allah, tanpa Aku dia ALLAH tidak akan Nampak Wujudnya kerana AKUlah yang menyatakan Diri Aku dengan Wujud ALLAH SWT