ROH URUSAN ALLAH

 


Dan mereka bertanya kepadamu tentang Roh. Katakan Roh itu dari perkara urusan Allah dan kamu tidak diberikan Ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.


Allah telah memberitahu bahawa Roh adalah Urusan Allah

Tidak perlu mempersoalkan lagi dengan kepelbagaian soalan sebab itu adalah kenyataan Allah sendiri.


Tujuan Allah memberitahu kepada kita yang Roh itu adalah Urusan Allah supaya kita tidak bertuhan kepada Roh itu.


Roh adalah Sifat ketuhanan, Sifat ketuhanan adalah Milik Allah, Hanya Allah yang berSifat dengan segala Sifat ketuhanan, inilah maksudnya Roh Urusan Allah..


Jangan sekali-kali terhenti hanya kepada Roh sehingga sampai bertuhankan kepada Roh Kerana pada Roh itu ada segala Sifat ketuhanan.


Tunjukkanlah kepada Aku Sifat-Sifat ketuhanan yang ada pada Makhluk-Makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. Sedang merasakan Sifat ketuhanan sebagai Sifat Diri Sendiri dan sebagai Sifat Makhluk selain dari Allah

Tidak ada pada sesuatu Makhluk pun Sifat-Sifat itu.

bahkan yang mempunyai Sifat-Sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Lihat, saksikan dan Akuilah segala Sifat ketuhanan yang ada pada Roh adalah Sifat Allah Roh itu adalah Sifat Allah dengan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan Iktiqad Tauhid atau jalan untuk Mengenal Allah bukan dengan mengaku-ngaku berdasarkan kepada Ilmu Hakikat dan Makrifat yang telah diketahui.


Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan Iktiqad dan Tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.