Golongan orang yang dicari menempuh jalan yang berbeza daripada golongan yang mencari Orang yang dicari tidak cenderung untuk menuntut Ilmu atau beramal dengan tekun Dia hidup selaku orang awam tanpa kesungguhan bermujahadah Tetapi Allah Swt telah menentukan satu kedudukan kerohanian kepadanya maka takdir akan mengheretnya Sampai ke kedudukan yang telah ditentukan itu Orang dalam golongan ini biasanya berhadapan dengan sesuatu peristiwa yang dengan serta-merta membawa perubahan kepada hidupnya Perubahan sikap dan kelakuan berlaku secara mendadak Kejadian yang menimpanya selalunya berbentuk ujian yang memutuskan hubungannya dengan sesuatu yang menjadi penghalang di antaranya dengan Allah Swt Jika dia seorang Raja yang beban kerajaannya menyebabkan dia tidak mampu mendekati Allah Swt maka Allah Swt mencabut kerajaan itu daripadanya. Terlepaslah dia daripada beban tersebut dan pada masa yang sama timbul satu keinsafan di dalam Hatinya yang membuatnya menyerahkan Dirinya kepada Allah Swt dengan sepenuh Hatinya Sekiranya dia seorang hartawan takdir akan memupuskan hartanya sehingga dia tidak ada tempat bergantung kecuali Allah sendiri Sekiranya dia berkedudukan tinggi takdir mencabut kedudukan tersebut dan ikut tercabut ialah kemuliaan yang dimilikinya digantikan pula dengan kehinaan sehingga dia tidak ada tempat untuk dituju lagi kecuali kepada Allah Swt.
Orang dalam golongan ini dihalang oleh takdir daripada menerima bantuan daripada Makhluk sehingga mereka berputus asa terhadap Makhluk Lalu mereka kembali dengan penuh kerendahan Hati kepada Allah Swt dan timbullah dalam Hati mereka suasana penyerahan atau Aslim yang benar-benar terhadap Allah Swt Penyerahan yang tidak mengharapkan apa-apa daripada Makhluk menjadikan mereka reda dengan apa sahaja takdir dan lakuan Allah Swt Suasana begini membuat mereka sampai dengan cepat ke perhentian pintu gerbang Makrifat walaupun Ilmu dan Amal mereka masih sedikit Orang yang berjalan dengan kenderaan bala bencana mampu sampai ke perhentian tersebut dalam masa dua bulan sedangkan orang yang mencari mungkin sampai dalam masa dua tahun Amal kebaikan dan Ilmunya tidak mampu membawanya kepada kedudukan kerohanian yang telah ditentukan Allah Swt lalu Allah Swt dengan Rahmat-Nya mengenakan ujian bala bencana yang menariknya dengan cepat kepada kedudukan berhampiran dengan Allah Swt Oleh yang demikian tidak perlu dipersoalkan tentang Amalan dan Ilmu sekiranya keadaan yang demikian terjadi kepada seseorang hamba-Nya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar