Selasa, 14 Desember 2021

HAKIKAT ZAT AF’AAL HAKIKAT SOLAT

 

Adapun Ertinya SOLAT sebenarnya YANG MENYEMBAH ITU HAMBA, YANG DISEMBAH ITU ALLAH.


Yang menyembah itu FANA yang disembah itu BAQA Maka sihamba PULANG KEPADA ADOMNYA. Maka KEKALLAH ALLAH Semata-mata pada SUHUD pandangan fakir kita.


Yang Menyembah dan Yang Disembah pun ia juga. Yang memuji ALLAH Yang Dipuji pun ALLAH juga kerana Allah SWT Memuji DiriNya Sendiri melalui lidah MakhlukNya Insan


Maka hamba itu tetaplah FANA sebab ditilik sekelian keadaan Dirinya habis terpulang kepada Allah Ilmu, Hayat, Kudrat, Iradat, Samak Basar, Kalam . Yang ada pada Dirinya adalah SIFAT ZAT ALLAH Semata-mata.


Adapun Allah itu tiada diatas, tiada dibawah, tiada dihadapan, tiada dibelakang tiada dikanan mahupun dikiri.


TIADA HAMBA TIADA ALLAH YANG WUJUD HANYA ZAT ALLAH WAJIBUL WUJUD.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar