Minggu, 05 Desember 2021

NUR MUHAMAD

 


Allah mentajallikan CahayaNya. Cahaya Allah itu bernama Nur Jadi Nur itu Cahaya Allah Itulah Rahsia Allah Rahsia Allah itulah juga dinamakan Muhammad yang Awal dan Nur Muhammad itu juga dinamai Titik Nur yang Awal. Nur Muhammad sudah lahir baru bersuara. Inilah suara Allah langsung pada Muhammad.


Apabila seseorang menempuh Alam Makrifat akan ditemuinya berbagai ragam bentuk Amalan pengajian mahu pun pembelajaran yang diajar oleh Guru yang dianggap Mursyid. Terdapat sesetengahnya pula menggunakan pendekatan melalui pembacaan dari kitab-kitab hasil peninggalan Ulama Makrifat terdahulu. Sama ada benar atau tidak apa yang dibaca dan diterima serta diamalkan itu langsung tidak diambil peduli. Apatah lagi kekuatan dan keupayaan seseorang untuk membandingkan Amalan serta pengajian yang menjadi pegangan selama ini dengan panduan yang terdapat dalam Al Quran begitu lemah.


Barangkali terdapat di antaranya menganggap bahawa Al Quran itu hanya sebuah Kitab Tua peninggalan Baginda Muhamad sebagai bukti keNabiannya sahaja. Oleh itu tumpuan lebih dititik beratkan pada kitab-kitab karangan Ulama Makrifat begitu jua bergantung penuh pada Guru Mursyid dalam usaha untuk Mengenal Diri, sebaliknya Kitab Al Quran menjadi terabai bahkan mungkin tidak perlu dikenali. Jarang benar didapati di kalangan Murid yang bertanya Bagaimanakah Kitab Al Quran itu sampai kepada Nabi Muhamad kemudian Zahir dan berada di Alam Dunia ini Soalan begini begitu sukar untuk hidup di kalangan Murid disebabkan ianya menjurus ke arah untuk Mengenali Kitab Al Quran, sedangkan yang dicari untuk dikenali bukan Quran tetapi Diri untuk dikenali. Selama tempoh penglibatan dalam Dunia Makrifat si Murid tidak didedahkan oleh Guru mahupun melalui kitab Makrifat yang dibaca apakah maksud sebenarnya Kitab Al Quran yang dikenali sebagai Kalam Allah. Apa signifikannya Quran dijadikan perbandingan serta panduan dalam penerokaan Alam Makrifat.


Kegagalan memahami serta Mengenali Kitab Quran menyebabkan seseorang yang berkecimpung di Alam Makrifat terperangkap dengan berbagai ragam Amalan serta pengajian yang bersumberkan bukan daripada Hak atau tidak menepati kebenaran yang sedia terpapar melalui Kitab Quran. Akibatnya setiap Amalan dan pengajian yang diterima itu sering berada pada situasi perselisihan dengan apa yang ditunjuk oleh Baginda Muhamad bersama Kitab Quran.


Sebagai Nabi Baginda tetap memperlihatkan sikap tanggung jawabnya dengan meninggalkan sebuah Hadis yang merupakan jaminan terhadap umat Manusia supaya perjalanan Makrifat mereka sentiasa berada atas dua landasan yang ditinggalkan setelah ketiadaan Baginda;

Tidak ada komentar:

Posting Komentar