TANPA WUJUD SELAIN ALLAH
Mula-mula kita mesti bertanya kepada Diri Sendiri pertanyaan ini sebagai peringatan kepada Diri Sendiri.
Jawapan kepada soalan kita itu adalah merupakan pengakuan kita tanya lah soalan sehingga timbul pengakuan kepada Allah sehingga sampai Allah yang mengaku Allah sehingga Allah yang mengenali Allah.
kalau belum merasai Mati sebelum Mati cuma bermain pada Akal sahaja.
Sesetengah orang sufi menyebut hapus Diri yang Zahir kepada Diri yang Batin hapus Diri yang Batin kepada Zat Allah Semata-mata.
Masukkan Adam kedalam Muhammad masukkan Muhammad kedalam Allah.
Sifat Wajib bagi Allah itu hanya milik Allah sahaja dimana kita letakkan Sifat hanya milik Allah ini maka disitulah Allah Semata.
ALLAH Tiada Tuhan selain ALLAH.
Kita sendiri yang mengada-adakan tuhan selain dari Allah itu.
Nabi dan Rasul diturunkan untuk mengajar kita supaya bertuhankan hanya kepada Allah sahaja jangan adakan tuhan selain dari Allah
Hanya Allah sahajalah Tuhan sekelian Alam.
Tuhan-tuhan yang lain itu hanyalah prasangka buruk kita sahaja.
Untuk itu janganlah letakkan segala Sifat yang Wajib bagi Allah itu kepada Diri kita dan selain dari Allah.
Apabila terlihat sifat Wajib bagi Allah kepada Diri kita dan selain segeralah beriktikad bahawa Sifat-Sifat wajib bagi Allah itu adalah Sifat Allah Sendiri yang dipertontonkan Sifat Allah Sendiri yang sedang diperkenalkan.
Inilah yang dikatakan oleh Ariffin billah tukarkan Cahaya Dirimu kepada Cahaya Allah
Kita ambil contoh bagaimana nak tukarkan Cahaya Dirimu kepada Cahaya Allah mula-mula kita sedar Jasad kita hidup hidup Jasad dihidupkan oleh Roh kemudian kita sedar hidup Roh bila kita sedar dan dapat rasakan Roh hidup dan menghidupkan jasad maknanya jasad kita menjadi Mati
Kesedaran tentang hidup Roh inilah dipanggil Cahaya Diri Jadi tukarkan Cahaya Dirimu kepada Cahaya Allah Janganlah terhenti beriktikad setakat hidup Roh sahaja teruskan perjalanan dengan menukarkan dari berpegang Roh yang hidup kepada Allah yang hidup dan menghidupkan Roh, jadi terlihatlah oleh kita yang sebenar-benar hidup ialah ALLAH
Hidup yang terlihat kepada Roh ialah hidup Allah sendiri jika disebut dengan bahasa biasa Allah lah menghidupkan Roh, Jika Roh itu hidup Sendiri dia tidak perlu kepada hidup Allah untuk menghidupkannya.
Apabila Roh itu dihidupkan adakah menyalahi jika dikatakan Sebenar-benarnya Roh itu Mati hidup yang ternyata kepada Roh itu menyatakan menerangkan hidup Allah.
Dengan kata lain, Hidup yang terlihat kepada Roh itu bukanlah hidup Roh Sendiri tetapi menunjukkan kepada kita bahawa Allah sedang memberitahu kepada kita Inilah hidup AKU ALLAH yang sekarang dipanggil Roh yang menjadi Diri Sebenar Diri kepada Insan. Ternyatalah Insan itu Rahsia Aku.
Aku Rahsia Insan Rahsia itu Sifat Aku Sifat itu tidak lain daripada Aku.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar